BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

bala tentera miszzy

Friday, June 5, 2009

semuanya ada disini...

"semuanya ada disini".. cepat teka... slogan apekah ini.. 5 saat dr skg!
ok.. anda tak taw.. ops! adeq rambut tempurung tuh taw jwpnnye ek.. ye.. cuti2 malaysia... bijak2

aku sungguh bowink duduk umah menjadi seorg suri umah separa masa...
so.. aku ingat nak jln2.. but since i ni miskin papa kedana.. tak dpt la aku melaksanakan hasrat terpendamku tuh...

masa g tawau ari tuh, aku ada melalui kwsn persimpangan Lembah Danum yg terletak di area Lahad Datu, Sabah.. aku tertareq giler dgn suasana kat situ.. sejuk hati melihat... hijau.. hutan tebal yg maseh tak disentuh dek pembangunan... n tibe2 aku rsa mcm nak melencong pulak kat tmpt tuh.. yeah Lembah Danum.. aku pasti datang.. tapi bkn skg.. hoohoho

ok. bg korang yg rasa2 sekepala n nk join aku melencong kat tmpt ni, sile tglkan pesanan suara anda selepas mendengar bunyi tot2 ye.. hahaha..guwau2 je..

nih aku bg sikit info ttg kwsn pelancongan Lembah Danum ni.. aku copy dr laman web Tourism Malaysia..

Lembah Danum

Kawasan Pemuliharaan Lembah Danum terletak 83 km ke barat-daya Lahad Datu telah diberkati dengan pelbagai spesis tumbuhan dan haiwan yang menakjubkan.

Kawasan tadahan yang luas ini merupakan tempat tinggal bagi badak sumbu Sumatera, orang utan, ungka, kancil, serta harimau bintang. Terdapat sebanyak 270 spesis burung telah direkodkan di kawasan ini. Pusat Kajiselidik Danum terletak di dalam kawasan hutan simpan seluas 440 km persegi ini.

Lembah Danum mempunyai sebuah eko-resort yang pertama di Sabah iaitu Borneo Rainforest Lodge. Resort ini mempunyai sebuah restoran, bar, serta chalet yang selesa dengan pemandangan Sungai Danum.

Antara aktiviti yang ditawarkan disini ialah menjejaki laluan trek dalam hutan, bermandi di sungai, memerhati burung, meninjau hutan pada waktu malam dan lawatan ke tapak pembalakan dan kilang kayu yang berdekatan




0 comments: