BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

bala tentera miszzy

Monday, April 27, 2009

20090427 - part 1

selepas menegtahui sedikit sebanyak tentang makanan tradisi bugis.. jom kita mengenali Tradisi Bugis dalam Perkahwinan.. ceh.. mcm mo kawen pulak suda aku ni.. sabar...!!!!

Suku kaum Bugis di Sandakan, Sabah masih mengekalkan adat dan tradisi walaupun telah lama bermastautin di Sabah. Keunikan budaya suku kaum Bugis jelas dipaparkan dalam majlis perkahwinan.

Sebelum majlis perkahwinan, masyarakat Melayu yang beragama Islam akan mengadakan adat merisik dan meminang. Walau bagaimanapun, bagi kaum Bugis, tiada pula adat pertunangan. Bagi mereka, yang paling penting ialah hari pernikahan. Ibu bapa kaum Bugis beranggapan bahawa pertunangan boleh menimbulkan fitnah dan syak di kalangan masyarakat. Hal ini timbul kerana tempoh pertunangan yang lama memungkinkan fitnah dan syak. Walaupun begitu terdapat majlis yang menyerupai adat bertunang, tetapi masyarakat Bugis tidak menganggapnya sebagai adat bertunang. Majlis ini digelar "mendrek doik" yang membawa maksud "naik duit". Dalam majlis ini, pihak lelaki akan membawa wang hantaran yang telah ditetapkan semasa meminang. Sebilangan besar daripada keluarga pihak perempuan akan menerima kesemua wang hantaran dan selebihnya hanya menerima sebahagian sahaja. Oleh yang demikian, semasa dulang hantaran diberikan ketika majlis pernikahan, dulang wang hantaran sekadar simbolik sahaja, kerana wang hantaran telah pun diserahkan kepada pihak perempuan untuk menampung kos perbelanjaan majlis persandingan. Majlis "naik duit" tidak dibiarkan hambar kerana kemeriahan penting bagi suku kaum ini. Pihak pengantin lelaki juga akan menyarungkan cincin sebagai tanda ikatan sebelum tiba majlis pernikahan yang berlangsung selepas tiga hingga tujuh hari setelah majlis "naik duit".

Selepas majlis ini, kemeriahan di rumah kedua-dua mempelai akan berterusan dan ramai keluarga dari jauh yang akan datang terutama dari Sulawesi. Kedatangan kaum kerabat mereka akan meriuhkan suasana perkahwinan tersebut. Majlis perkahwinan suku kaum Bugis di Sabah memaparkan betapa kuatnya pegangan adat tradisi mereka. Seminggu sebelum majlis persandingan, dua orang wanita dipertanggungjawabkan oleh pihak pengantin perempuan untuk menjemput tetamu. Kedua-dua wanita ini terdiri daripada mereka yang telah berumah tangga. Wanita yang belum berumah tangga tidak manis berkunjung dari rumah ke rumah untuk menjemput tetamu. Bagi kaum Bugis, wanita yang belum berkahwin tidak digalakkan menjemput tetamu kerana dikhuatiri lambat menerima jodoh. Kedua-dua wanita ini digelar pattampa yang bermaksud pemanggil tetamu. Pattampa akan mattampa, iaitu berkunjung dari rumah ke rumah. Pattampa tidak datang dengan tangan kosong, tetapi akan membawa dulang yang dibalut dengan kain berwarna dan bermanik. Dulang ini diisi dengan dua bungkus rokok pelbagai jenama berserta mancisnya sekali. Rokok, suatu ketika dahulu ialah lambang prestij sesebuah keluarga. Hanya golongan yang berkemampuan yang mampu memilikinya dan adat ini masih dikekalkan walaupun kini masyarakat sudah mampu membeli rokok dengan harga yang murah. Tetamu yang dijemput perlu membuka dulang dan mengambil sebatang rokok lalu membakarnya. Adat ini penting terutama bagi tetamu yang mempunyai anak dara, kerana dengan cara ini diharapkan anak mereka pula yang akan menemui jodoh. Walau bagaimanapun, adat mattampa hanya terkenal di kalangan kaum Bugis, kaum lain dijemput dengan menggunakan kad undangan. Kad undangan ini tidak banyak bezanya daripada kad undangan majlis anjuran kaum lain di Sabah.

Malam berinai atau mappacci cukup meriah, kerana pada malam ini pelbagai acara yang menarik akan berlangsung. Malam berinai akan dimulakan dengan majlis khatam al-Quran, disusuli dengan majlis berzanji. Inai disediakan oleh wanita muda yang belum berkahwin. Setelah selesai menginai pengantin perempuan, rombongan gadis muda pula akan bersiap untuk berkunjung ke rumah mempelai lelaki. Tujuannya adalah untuk menghantar lebihan inai daripada bakal isteri kepada mempelai lelaki. Adat ini dipercayai sebagai satu usaha agar kedua-dua pihak dapat hidup lebih harmoni.

Terdapat satu lagi majlis yang cukup menarik sebelum pengantin perempuan memakai inai, iaitu adat memakai bedak. Majlis ini dianggap penting untuk melicinkan kulit dan menambahkan lagi seri wajah pengantin perempuan. Bedak tersebut digelar bedak kecek yang bermaksud sejuk. Bedak ini dibuat sendiri dengan menggunakan beras dan diadun dengan pelbagai bahan termasuk kunyit dan ditumbuk dengan lesung. Terdapat juga pengantin perempuan yang memakai bedak ini seminggu sebelum bersanding untuk melicinkan kulit. Semasa upacara memakai bedak, pengantin perempuan hanya berkemban dan berbaring manakala bedak akan disapu ke seluruh tubuh dan dibiarkan hingga kering. Kemudian barulah pengantin itu diinai. Lebihan bedak pengantin akan disapukan pula pada wanita yang belum berkahwin. Suasana ini riuh rendah kerana ada yang dikejar kerana enggan disapukan bedak lebihan pengantin.

Kemeriahan malam berinai tidak hanya disulami dengan acara memakai bedak, malah diselangi pula dengan permainan domino (domeng). Domino dipertandingkan di kalangan lelaki - tp pmpuan pun ada yg join. Pertandingan ini menjanjikan pelbagai hadiah yang menarik. Biasanya, cabutan undi akan dibuat untuk membentuk kumpulan yang terdiri daripada empat pemain. Kemenangan bukanlah satu-satunya matlamat dalam pertandingan domino. Yang penting, dalam majlis ini golongan tua muda beradu kemahiran, berkumpul dalam satu suasana yang muhibah. Setiap pertandingan mengambil masa beberapa jam, malah ada pertandingan yang berlangsung sehingga pagi. Sementara kaum lelaki asyik bermain domino, kaum wanita pula menyediakan jamuan. Kopi ialah minuman utama kerana pertandingan memerlukan masa yang lama. Pelbagai jenis kuih dihidangkan di tepi setiap pemain dan permainan akan bertambah rancak dengan sokongan daripada isteri dan anak-anak. Suasana pada malam itu akan bertambah hangat apabila ada golongan wanita yang sudi untuk turut sama beradu kemahiran bermain domino. Memandangkan kemahiran berpasukan diperlukan, maka pemenang terdiri daripada pemain yang benar-benar mahir dan berpengalaman. Hadiah bukanlah berupa wang ringgit tetapi pelbagai jenis barangan termasuk kipas angin, periuk, dan pelbagai lagi. Hadiah tersebut akan diberikan kepada peserta pada malam persandingan dan akan disampaikan oleh kedua-dua mempelai.

3 comments:

Queen Latifah said...

Ini merupakan artikel yang bagus. Siapa yang tulis?

eyna said...

dari laman web dewan bahasa dan pustaka...

miss jiejie said...

salam kenal ..
new stuff here !!
Adew baju baru².!!
howt stuff !!
Murah² !!sile singgah !!=)
first came first serve !
tq